JABATAN PENGALAMAN & GAYA HIDUP PELAJAR (SEL)

Unit SEL bertanggung jawab dalam menguruskan dan mengendalikan perkhidmatan pelajar untuk memastikan hal-ehwal pelajar sentiasa terjaga dari segi pembelajaran dan pengalaman keseluruhan di kampus. Selain itu, unit ini juga menyelaraskan aktiviti ko-kurikulum pelajar seperti kelab dan persatuan untuk memupuk kepimpinan dan keyakinan diri yang tinggi di dalam setiap pelajar.